I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 8 December 2011

Info Demam Denggi

Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi(genusflavivirus) yang disebarkan oleh nyamuk aedes betina. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom kejutan Denggi (DSS). Penyakit demam denggi mula dilaporkan di Malaysia pada tahun1902 lagi. Pada tahun 1962, wabak pertama demam denggi berdarah berlaku di Georgetown, Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur pada tahun 1973. Semenjak itu, penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah telah di kesan berlaku di seluruh negara.

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 hingga 14 hari (purata 4 hingga 6 hari)  sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan pelbagai tanda dan gejala yang tidak khusus.

Mengenal pasti demam denggi.

          Demam Denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes. Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat peting.
            Antara tanda-tanda demam denggi adalah:
·         Demam kuat yang mengejut dan berterusan
·         Bintik merah pada kulit
·         Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
·         Berdarah pada badan, hidung dan mulut
·         Hilang selera makan
·         Muntah-muntah
·         Sakit perut

Bagaimana demam denggi berjangkit.

1.      Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
2.      Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi.
3.      Nyamuk aedes membawa kuman demam denggi

Ciri-ciri deman denggi dapat dilihat apabila muncul bintik-bintik merah terang pada bahagian bawah anggota badan seperti kaki. Pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit adalah seluruh kulit bertukar kemerah-merahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal. Kemungkinan juga terdapat gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-birit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luar biasa, radang otot jantung.
    Demam denggi berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam. Secara klinikal, bilangan sel darah pembeku atau dikenali sebagai platelet akan turun sehingga demam hilang.

Rawatan.

        Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makanan, terutamanya minum air yang banyak. Sekiranya pesakit tidak mampu untuk minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan yang teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.

Pencegahan

           Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi. Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vector nyamuk pembawa denggi (jentik-jentik_. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga, tin kosong dan sebagainya) terbukti berkesan bagi mengawalnya. Penggunaan kelambu dan juga semburan penghapus serangga juga boleh membantu.

Saturday 12 November 2011

Kepentingan Mencuci Tangan

Setiap kali sebelum menjamah makanan adalah dinasihat agar kita sentiasa membasuh tangan terlebih dahulu. Ini kerana terdapat kuman pada permukaan kulit yang boleh menyebabkan kita dijangkiti pelbagai penyakit. Kuman boleh disebarkan melalui tangan yang kotor dan percikan ludah iaitu ketika batuk atau bersin.

Jangan memandang ringan terhadap keperluan untuk membasuh tangan. Membasuh tangan bukan sahaja ketika kita ingin makan, tetapi juga ketika kita memasak, mengemas rumah, selepas melakukan kegiatan di luar rumah seperti beriadah, bersenam, berkebun dan juga bermain. Membasuh tangan juga bukan sekadar membasahi tangan dengan air malah terdapat cara mencuci dengan betul.

Cucilah tangan dengan menggunakan sabun. Jika perlu, cucilah tangan dengan air yang sedikit hangat kerana air hangat dapat membunuh kuman. Cucilah seluruh bahagian tangan seperti celah-celah jari, di bawah kuku hingga ke siku. Kemudian bilas dan keringkan dengan tuala kering yang bersih. Ini merupakan cara termudah agar tubuh badan sentiasa sihat dan cergas, amalkanlah membasuh tangan terlebih dahulu sebelum memasukkan sebarang makanan ke dalam mulut.

Cara Membasuh Tangan Dengan Betul

Tahukah anda, tangan merupakan anggota tubuh badan yang paling terdedah kepada bakteria? Mencuci cara biasa adalah tidak berkesan. Jom! Mari kita sama-sama belajar mencuci tangan masing-masing dengan cara yang betul.
Terdapat tujuh langkah yang perlu diikuti untuk membasuh tangan dengan betul:
  • Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih yang mencukupi

  • Gosok tapak tangan

  • Gosok setiap jari dan celah-celah jari

  • Gosok kuku pada tapak tangan

  • Gosok belakang tangan

 
  • Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna