I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 12 November 2011

Kepentingan Mencuci Tangan

Setiap kali sebelum menjamah makanan adalah dinasihat agar kita sentiasa membasuh tangan terlebih dahulu. Ini kerana terdapat kuman pada permukaan kulit yang boleh menyebabkan kita dijangkiti pelbagai penyakit. Kuman boleh disebarkan melalui tangan yang kotor dan percikan ludah iaitu ketika batuk atau bersin.

Jangan memandang ringan terhadap keperluan untuk membasuh tangan. Membasuh tangan bukan sahaja ketika kita ingin makan, tetapi juga ketika kita memasak, mengemas rumah, selepas melakukan kegiatan di luar rumah seperti beriadah, bersenam, berkebun dan juga bermain. Membasuh tangan juga bukan sekadar membasahi tangan dengan air malah terdapat cara mencuci dengan betul.

Cucilah tangan dengan menggunakan sabun. Jika perlu, cucilah tangan dengan air yang sedikit hangat kerana air hangat dapat membunuh kuman. Cucilah seluruh bahagian tangan seperti celah-celah jari, di bawah kuku hingga ke siku. Kemudian bilas dan keringkan dengan tuala kering yang bersih. Ini merupakan cara termudah agar tubuh badan sentiasa sihat dan cergas, amalkanlah membasuh tangan terlebih dahulu sebelum memasukkan sebarang makanan ke dalam mulut.

Cara Membasuh Tangan Dengan Betul

Tahukah anda, tangan merupakan anggota tubuh badan yang paling terdedah kepada bakteria? Mencuci cara biasa adalah tidak berkesan. Jom! Mari kita sama-sama belajar mencuci tangan masing-masing dengan cara yang betul.
Terdapat tujuh langkah yang perlu diikuti untuk membasuh tangan dengan betul:
  • Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih yang mencukupi

  • Gosok tapak tangan

  • Gosok setiap jari dan celah-celah jari

  • Gosok kuku pada tapak tangan

  • Gosok belakang tangan

 
  • Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna