Setiap kali sebelum menjamah makanan adalah dinasihat agar kita sentiasa membasuh tangan terlebih dahulu. Ini kerana terdapat kuman pada permukaan kulit yang boleh menyebabkan kita dijangkiti pelbagai penyakit. Kuman boleh disebarkan melalui tangan yang kotor dan percikan ludah iaitu ketika batuk atau bersin.
Jangan memandang ringan terhadap keperluan untuk membasuh tangan. Membasuh tangan bukan sahaja ketika kita ingin makan, tetapi juga ketika kita memasak, mengemas rumah, selepas melakukan kegiatan di luar rumah seperti beriadah, bersenam, berkebun dan juga bermain. Membasuh tangan juga bukan sekadar membasahi tangan dengan air malah terdapat cara mencuci dengan betul.